Pesanan Terakhir daripada Abah…

Suatu hari, ayah saya mendapat satu panggilan telefon dari gurunya, Ustaz Uthman El-Muhammady.

“Karim, Al-Buti sudah tiada”, ujar Ustaz Uthman. “Tetapi kita jangan takut kerana perjuangan mesti diteruskan.”

Kira-kira lima hari kemudian, sedang ayah memasuki sebuah masjid untuk memberi pencerahan tentang ancaman kepada Agama dan Bangsa di Tanah Air kita, telefon di dalam poketnya berdering. Nama anak kepada Ustaz Uthman tertera di skrin telefon.

“Pak Cik Karim… ayah sudah tiada.”

.

.

.

Lima tahun kemudian, pesanan terakhir Ustaz Uthman inilah antara pesanan terakhir yang ayah saya sampaikan kepada saya dengan aliran air mata yang tidak dapat ditahan.

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Moga-moga nama pejuang Agama, Bangsa dan Tanah Air ini dapat memberikan inspirasi kepada kita semua untuk meneruskan perjuangan sehingga ke akhir hayat seperti yang telah dilakukan oleh Allahyarham A. Karim Omar.

Al-Fatihah.