Ujian Kesabaran

Staring Off Edited.jpg

Dalam hidup di dunia ini, ada kalanya kita gembira, dan ada kalanya kita sedih. Ada masanya kita senang, dan ada masanya kita jatuh, susah dan sakit. Susah atau senang, kedua-duanya adalah ujian untuk kita. Adakah kita akan terlalu berfoya-foya ketika kita senang hinggakan kita leka dan mencampur-adukkan yang haq dan yang batil? Adakah kerana kesusahan hidup kita akan hilang kesabaran dan Iman yang ditanam dan disemai di dalam hati mula mencair dan akhirnya terlerai?

Ramai yang tidak sedar bahawa hidup senang itu adalah satu ujian. Bahkan, ramai yang sedang hidup senang tidak menyedari yang mereka itu sedang melalui satu ujian yang amat besar. Sangat senang untuk kita terlupa tentang hari akhirat apabila hari-hari di dunia sangat menyenangkan. Sangat senang untuk kita tergoda untuk hidup mengikut hawa nafsu apabila kita semakin menjarakkan diri daripada Allah. Sangat senang untuk kita terjangkit penyakit sakit hati dan gila harta apabila hawa nafsu sudah tidak terkawal.

Ramai yang sedar bahawa hidup susah adalah satu ujian. Apabila tidur dan bangun kita perlu melayan suara-suara di dalam kepala yang tidak tahu untuk berhenti mengingatkan kita tentang masalah yang sedang dihadapi. Apabila kita hanya mahu duduk membaca buku untuk belajar atau hanya untuk membaca buat menghibur hati pun tidak tercapai apabila hanya satu ayat yang dapat masuk dalam kepala. Yang lain terus kabur dari penglihatan kerana tidak dapat menumpukan perhatian kepada perkataan-perkataan yang tercatat apabila suara-suara itu kembali. Sangat senang untuk patah semangat apabila setiap langkah yang diambil ditohmah dan diperli mereka yang sedarah dan sedaging dengan kita. Sangat senang untuk kita putus asa dan hilang kesabaran apabila hati telah lusuh. Sangat senang untuk kita menggadaikan Iman apabila sudah terputus asa.

Dalam hidup di dunia ini, perlulah kita bentengi pertalian saudara dan mengeratkan ukhuwah antara kita. Perlulah kita saling mengingati akan mereka dan memberi nasihat atau menghulurkan bantuan apabila perlu. Ia adalah sangat sukar untuk menghadapi ujian-ujian ini seorang-diri dan, jika kita sudah tahu bahawa mereka sedang susah atau leka, ia sudah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka.

Tetapi… susahnya kita hendak membantu mereka. Untuk memberi nasihat kepada mereka yang sedang hidup senang, memang tak terbuat. Antara kita fitnah mereka yang bukan-bukan, ataupun kita tumpang sekaki dalam kehidupan materialistik dan hedonistik mereka. Untuk menghulur bantuan kepada mereka yang susah… cita-cita itu ada, mungkin niat pun sudah disebut dan kadang-kala, habis ke semua orang telah kita cerita tentang azam kita itu. Bangganya kita apabila telah berjaya menghulurkan sedikit bantuan kepada mereka buat julung kalinya semenjak berbulan kita menanam niat dalam hati. Habis ke semua group WhatsApp kita share gambar betapa baiknya kita. Tetapi… selepas itu….?

Banyak-banyaklah kita bermuhasabah diri. Jangan kita gagal di dalam kedua-dua ujian ini. Kedua-duanya sangat mencabar untuk mereka yang tidak mahu mengawal emosi, senang putus asa dan tidak ada atau kurang kepercayaan kepada Allah s.w.t yang maha pengasih lagi maha penyayang. Tidak akan sekali-pun dia mencampak kita ke dalam situasi yang kita tidak ada kekuatan untuk menghadapi.

Author: Aeshah Karim

.بڠݢ برباجو کوروڠ

2 thoughts on “Ujian Kesabaran”

  1. Assalamualaikum Aishah. Semoga berkeadaan baik hendaknya. Uncle doakan Aishah sekeluarga selamat dan dilindungi Allah selalu. Jaga diri Aishah baik baik dan teruskan mujahadah Arwah Ayah Aishah. Kirimkan Salam Rindu Uncle pada adik Aishah, Ahmad. Kali terakhir jumpa ia di Pusat Islam.

Leave a Reply to mahaguru58 Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s