Apabila Melayu Sudah Lupa Diri

Beberapa hari lepas, saya terima mesej ini di WhatsApp:
dr-shukri-abdullah-melayu-mundur-kerana-melayu

Saya setuju, memang benar bahawa ramai orang Melayu yang alpa—lupa diri kerana terlalu leka berfoya-foya di dunia yang fana ini. Masalah sosial di Negara kita kian meningkat. Artis-artis K-Pop menjadi idola anak Melayu zaman sekarang.

Tetapi, ada dua perkara yang saya sangat tidak setuju di dalam tulisan di atas. Salah satunya ialah ayat ini:
melayu-yang-melayu-sesat

Apakah ertinya, “Melayu yang Islam” dan “Melayu yang Melayu”? Frasa “Orang Melayu” sudah ditafsirkan secara terperinci di dalam Perlembagaan Malaysia dibawah Perkara 160.

federal-constitution-article-160-interpretation-of-malay-bilingual

Jelasnya, ciri-ciri utama seorang Melayu adalah beragama Islam. Sekaligus, ini bermaksud bahawa orang Melayu itu mesti beragama Islam; dan jika seseorang Melayu menjadi “Melayu yang Melayu”, tentunya dia juga akan menjadi “Melayu yang Islam”.

Kalau begitu, mengapakah “Melayu yang Melayu” “sukar, lambat dan tak nampak jalan”? Siapakah sebenarnya yang ingin dirujuk oleh Dr Syukri Abdullah sebagai “Melayu yang Melayu”?

Hanya Melayu yang sudah lupa asal-usul dirinya yang sesat jalan.

Kerana itulah, orang Melayu di Malaysia yang sepatutnya Islam mesti bersatu, bergabung kuasa, berganding bahu dalam menangani masalah sosial di negara ini. Bukannya berpecah-belah kerana perbezaan politik.

Sekarang ini, apabila seorang ahli politik mengemukakan satu solusi untuk menangani masalah sosial di negara kita dengan mencadangankan satu pindaan yang akan memperkukuhkan undang-undang Syariah, ramai pula yang membantah. Yang lebih menyedihkan lagi adalah apabila ramai orang Melayu sendiri yang membantah pindaan ini.

wajah-wajah-penentang-ruu-akta-355

Memang, mungkin masalah yang kita hadapi ini berpunca daripada silap laku pemimpin kita yang terdahulu. Tetapi, apabila pemimpin kita yang ada sekarang sedang mencuba untuk memperbaiki kesilapan lama dengan menjadi lebih Melayu dan lebih Islam, ramai pula yang memperlekehkan mereka dengan mengatakan bahawa mereka ini poyo, mundur dan membawa satu gelombong “arabisation” ke Malaysia yang perlu digeruni.

Apabila pemimpin-pemimpin PAS mengenakan pakaian tradisional Melayu, mereka dikutuk dan diejek.

pas-di-sindir

Apabila pemimpin-pemimpin UMNO mula menggunakan frasa-frasa Islam semasa perhimpunan agungnya mereka diperlekeh dan dihina.

zurairi-ar-pemimpin-merepek

Soalnya mengapa Melayu perlu dipecah-pecahkan? Kenapa mesti ada golongan “Melayu yang Melayu” dan “Melayu yang Islam”? Tidak cukupkah perpecahan Melayu maka mesti dicari jalan untuk lebih memecahkan Melayu?

Inilah masalah sesetengah orang Melayu zaman sekarang. Apabila pemimpin kita tidak Islamik, mereka mahukan pemimpin yang Islamik. Apabila pemimpin kita sudah Islamik, mereka mempersendakan pemimpin itu dan memuja tokoh-tokoh yang membawa ajaran liberalisme dan pluralisme.

hishamuddin-rais-liberal

benz-ali-jika-aku-tuhan

anwar-pluralis

najib-firaun

Pemimpin Islam disamakan dengan Firaun.

Sedarkah kita mengapa masalah ini berlaku? Ini adalah akibat apabila kita terperangkap dalam dan tertipu dengan perancangan teliti yang dibuat oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani yang tidak senang melihat orang Islam megah berkuasa di Tanah Air kita ini. Mereka tidak akan senang melihat orang Melayu bersatu kerana jika kita bersatu, mereka tidak dapat mengalahkan kita.

dcleaks-bersih

bila-nak-sedar

Tetapi, apabila bukti perancangan ini diketengahkan, ramai orang Melayu sendiri yang berkata bahawa semua ini adalah konspirasi UMNO untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia supaya rakyat akan mengundi UMNO dan sekaligus, Najib-Rosmah akan terus berkuasa dan bermaharajalela; merompak duit rakyat untuk membeli Birkin dan cincin.

Sudahkah kita lupa tentang pesanan Allah s.w.t. seperti yang tercatat di dalam Al-Qur’an?

al-baqarah-ayat-120

Inilah hakikatnya sikap sesetengah orang Melayu zaman sekarang. Sudah lupa, sudah alpa. Terlalu mudah diperdaya dengan bisikan syaitan dan tipu-helah mereka yang benci Melayu dan Islam.

dap-benci-melayu-dan-islam

Bilalah kita akan sedar bahawa jika kita mahu melihat Islam terus didaulatkan di Tanah Air kita, kita mestilah bersatu bersama mereka yang memperjuangkan agenda Islam dan Melayu dan bukannya mereka yang hanya mengaku Islam tetapi berkawan akrab dengan musuh-musuh Islam dan bermusuh dengan orang yang dianggap sebagai “Melayu yang Melayu”?

maza-kristian-dekat-islam

wanazizan-hannah-victory

Ayuh Melayu… “sama-sama fikir, sama-sama renung. Sama-sama bertindak dengan bijaksana.”

“Bukan emosi tak tentu hala!”

“Melayu yang Melayu” dan “Melayu yang Islam” tiada bezanya. Semua mereka orang Melayu dan semua mereka orang Islam.

Melayu yang sudah lupa yang “sukar, lambat dan tak nampak jalan”.

P/S: Satu lagi, bila pula Melayu diskriminasi Cina dan India?

Feedbacks?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s