Pas Pertahan Kerusi, Majoriti Merosot

PRK Sungai Limau: Pas pertahan kerusi, majoriti merosot Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA dan BORHAN ABU SAMAH
JERAI 4 Nov. –  Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau menyaksikan parti Pas mempertahankan kerusi tersebut  dengan majoriti sebanyak 1,084 undi. Calon Pas, Mohd. Azam Abd. Samat yang mendapat 12,069 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim yang memperolehi undi 10,985 undi.
Pengumuman dibuat oleh Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau, Abdul Rashid Othman. Bilangan undi majoriti yang diperoleh Mohd. Azam merosot dibandingkan dengan majoriti yang diperoleh bekas ADUN Pas Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Aziz berjumlah 2,774 undi. Pada pilihan raya itu, Allahyarham Azizan memperoleh 13,294 undi berbanding lawannya daripada BN, Mohd. Fadzillah Mohd. Ali yang memperoleh 10,520 undi. – UTUSAN ONLINE
by KHAIRULANUAR YAHAYA edited by UTUSAN ONLINE  11/4/2013 12:56:15 PM
 
___
 
PADA awalnya saya menerima mesej daripada rakan-rakan bahawa Barisan Nasional (BN) telah menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Sungai Limau. Keyakinan itu semakin meningkat, apabila satu-satu demi pengumuman dibuka oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan BN menang dikebanyakkan kerusi.Majoriti mencecah sehingga lebih 1,000 undi menunjukkan kedudukan BN semakin teguh berbanding Pas yang kalah di kebanyakan kawasan pengundian.
Ketika hanya tinggal sembilan peti undi untuk dibuka dikira, jumlah undi BN masih mengatasi Pas.
Selepas itu majoriti BN semakin menurun dan apabila peti undi Bukit Choras dan Bukit Besar dibuka Pas terus menjarakkan diri dengan majoriti 1,084 undi. Calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim memperolehi 10,985 undi, manakala calon Pas, Mohd Azam Abd Samat memperolehi 12,069 undi.
Turut berkongsi rasa musykil itu ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir. “Di sini timbul persoalan bagaimana satu PDM seperti Bukit Besar boleh mempunyai jumlah pengundi yang begitu ramai, sedangkan yang banyak di situ cuma sekolah pondok sahaja dan jumlah penduduk sekitar ratusan orang.”Ini bermakna terdapat kegiatan mendaftarkan pengundi luar di Bukit Besar kerana ia telah dianggap sebagai kubu kuat.
Perbuatan sedemikian memang tidak melanggar peraturan SPR, tetapi timbul persoalan apakah perbuatan tersebut boleh diterima sebagai amalan demokrasi. Itulah kelebihan yang ada pada pembangkang kerana pengikut mereka tidak pernah membantah jika dipindahkan ke kawasan mengundi lain.
Mukhriz turut melahirkan rasa kecewa apabila terdapat beberapa masjid dalam kawasan ini yang menjemput imam dari luar pada solat Jumaat lepas dan menyampaikan khutbah politik dan mendoakan kemenangan Pas.”Ini jelas menunjukkan mereka tidak menghormati titah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah yang tidak mahu masjid dijadikan tempat berpolitik,” katanya.
Bagaimanapun seperkara yang harus dibanggakan ialah semua ahli UMNO dan parti komponen BN telah bertungkus-lumus sepanjang tempoh berkempen. Walaupun pada permulaan seperti terdapat perbezaan pendapat, tetapi akhirnya semuanya bersatu tenaga dan statistik menunjukkan hampir 100 peratus ahli UMNO keluar mengundi. Undi kaum Cina juga meningkat kepada BN.Walaupun kalah BN sebenarnya telah berjaya mengurangkan majoriti Pas lebih 1,000 undi dan ia merupakan satu kejayaan dan Mukhriz selaku pemimpin berjiwa besar menerima dengan positif kekalahan parti itu dan memberi jaminan tidak akan meninggalkan pengundi yang telah menyokong BN di kawasan tersebut.
Mukhriz berkata, BN akan meneruskan dua projek di kawasan Sungai Limau iaitu projek jalan raya antara Guar Chempedak ke Pulau Bunting serta mempertimbangkan pembinaan sebuah pelabuhan di Pulau Bunting seperti yang dijanjikan kerana parti itu tidak bersikap pilih kasih.Pas pula yang telah diberi kepercayaan majoriti pengundi di Sungai Limau harus memikul tanggungjawab untuk memastikan rakyat di kawasan berkenaan yang telah lama ketinggalan dari segi ekonomi dan sosial diberi pembelaan sewajarnya.Jika bekas wakil rakyat kawasan itu Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak mempunyai hubungan baik dengan Mukhriz, jadi Mohd Azam perlu berpendirian yang sama.
Bagaimanapun Mohd Azam perlu bertungkus-lumus untuk meyakinkan beliau ikhlas kerana sepanjang kempen PRK pelbagai serangan peribadi telah dilemparkan terhadap Mukhriz dan Mukhriz kini masih lagi Menteri Besar Kedah. Mukhriz tidak rugi apa-apa kerana beliau masih Menteri Besar Kedah. Kedah juga masih diperintah oleh BN. Yang rugi ialah penduduk Sungai Limau kerana mereka membuat pertimbangan berasaskan emosi dan sentimen, tanpa memikirkan tawaran yang dibuat oleh UMNO dan BN yang lebih realistik serta demi masa hadapan mereka. – UTUSAN ONLINE
by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE

Feedbacks?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s