Bukti Perjuangan PR Hampir Sama Dengan Perjuangan Komunis

Menurut Hishamuddin, Putera-AMCJA pada tahun 1948 hampir menyamai gabungan politik Pakatan Rakyat hari ini yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP. Mari kita lihat persamaan mereka.

Tentang PKR

Memetik laporan AIDC:

Hishamuddin turut diwawancara themalaysianinsider mengakui beliau sengaja mengibarkan bendera Sang Saka Malaya kerana mahu meneruskan kesinambungan melawan penjajah pada tahun 1948.

“Ini kerana suasana sejak 2008 pada hemat saya sebagai seorang pemerhati politik sama seperti suasana pada ketika Putera-AMCJA, maka Sang Saka dikibarkan,” katanya.

Pengakuan Hishamuddin itu sekaligus mengesahkan Sang Saka Malaya adalah bendera kebangaan dua pertubuhan berhaluan kiri, Putera (Pusat Tenaga Rakyat) dan AMCJA (All-Malaya Council of Joint Action) ditubuhkan sekitar tahun 1947 yang turut diresapi elemen komunis.

Menurut Hishamuddin, Putera-AMCJA pada tahun 1948 hampir menyamai gabungan politik Pakatan Rakyat hari ini yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP.

Putera ditubuhkan sebagai sayap Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Ahmad Boestamam, pengasas Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang sekarang ini menyerap masuk ke dalam PKR.

Ahamad Boestamam

Ahamad Boestamam

Mengutip laporan Wikipedia Bahasa Malaysia: Ahmad Boestamam:

Ahmad Boestamam dan PKMM telah dipengaruhi oleh PKM (Parti Komunis Malaya) untuk menubuhkan PUTERA, sebagai satu badan radikal Melayu yang besar bagi bergabung dengan AMCJA, sebuah gabungan parti politik bukan Melayu yang juga dipengaruhi oleh PKM.

Pada tahun 1947, PKMM dipimpin pula oleh Pak Sako yang kemudiannya menjadi pemimpin Parti Buroh (parti diharamkan selepas 13 Mei 1969).

Tentang DAP

Ia memang jelas bahawa DAP, parti yang sangat rapat dengan parti Buruh menyokong komunis.

Blog gerakan anti DAP telah memberi 5 fakta yang menarik tentang hubung-kait DAP dan komunis:

1. Struktur organisasi DAP adalah sama dengan yg digunapakai oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Dalam DAP, individu yg paling berkuasa dalam parti adalah yg memegang jawatan Setiausaha Agung (sekarang dipegang oleh Lim Guan Eng), manakala jawatan Pengerusi (dipegang oleh Karpal Singh) hanyalah sebagai boneka saja.

Begitu juga dengan PKM, di mana Chin Peng yg memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung adalah bos besar. Walaupun Musa Ahmad dilantik sebagai Pengerusi, namun peranannya hanyalah untuk menarik sokongan orang Melayu saja.

2. Sama seperti PKM, keanggotaan DAP didominasi hampir sepenuhnya oleh kaum Cina. Walaupun terdapat kaum India dan Melayu yg turut menganggotainya, mereka tidak lebih sebagai kosmetik untuk mencantikkan DAP di mata masyarakat umum.

3. Matlamat PKM adalah untuk menubuhkan sebuah republik komunis di negara ini. Konsep ini diwarisi pula oleh DAP yg mempunyai niat untuk meruntuhkan sistem Raja Berperlembagaan dan menukarkannya kepada sistem republik.

4. DAP meniru kaedah PKM dalam menarik sokongan orang Melayu kepada mereka. Jika PKM menubuhkan Rejimen Ke-10 sebagai pasukan komunis Melayu, DAP pula menubuhkan beberapa cawangan DAP Melayu yg dianggotai sepenuhnya orang Melayu, selain melantik beberapa orang Melayu memegang jawatan penting dalam parti.

Semua ini dilakukan semata-mata untuk memperalatkan org Melayu tersebut bagi mencapai matlamat mereka. Org Melayu tersebut tidak ubah seperti lembu yg dicucuk hidungnya yg tidak mampu berperanan penting untuk membuat keputusan.

5. DAP dan PKM kedua-duanya adalah anti Islam dan Melayu. Jika PKM banyak menjadikan org Melayu Islam sebagai mangsa mereka, DAP pula menjalankan gerakan untuk menghapuskan dasar-dasar yg melindungi kaum Melayu/bumiputera.

Pemimpin Bintang Tiga

Pemimpin Bintang Tiga

Tidak hairanlah apabila Lim Guan Eng mengharamkan tayangan Tanda Putera di Penang…

Filem patriotik perjuangan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein yang dijadual memasuki pawagam di seluruh negara esok selepas beberapa kali tertangguh, diharamkan penayangannya di negeri ini atas arahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Guan Eng berkata, beliau telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow menghantar surat kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk dimaklumkan kepada pemilik panggung di negeri ini tentang perkara berkenaan.

-laporan Utusan Online

LGE Tanda Putera

Tentang PAS

Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu dimana beliau telah menghina anggota polis yang terkorban sewaktu serangan dibuat oleh pihak komunis ke Balai Polis Bukit Kepong. Beliau telah berkata bahawa anggota polis itu adalah British. Walhal, seperti apa yang pernah dikatakan oleh sejarawan negara, Prof. Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim, Malaysia tidak pernah dijajah oleh British. Lagipun, polis berjuang untuk mempertahankan raja dan raja mempertahankan Islam, Melayu dan Tanah Air.

Bila hari Merdeka nanti, tunjuklah filem Bukit kepong. Bukit Kepong polis tu polis British. Hat serang Bukit Kepong tu la pejuang kemerdekaan. Ketuanya Mat Indera, Melayu. Tetapi, semua sejarah itu ditutup. Jins Samsudin buat filem, Jins Samsudin tu UMNO. Cerita Bukit Kepong, hat serang balai polis itu penjahat. Polis tu polis British. Sebelum merdeka, negara kita diperintah oleh British.

Siapa pegawai British? Dato’ Onn, Tunku Abdul Rahman. Itu British. Hat lawan British? Hat tu la yang jadi pengganas. Abu Bakar Bakir, pengganas. Dr. Burhanuddin, pengkhianat. Kemudian, Rashid Maidin, komunis. Semua hat lawan British, jahat. Hat sokong British, hero. Ini pelik bin ajaib. Hat lawan British la pejuang kemerdekaan. Takpalah kita ambil alih Malaysia esok, kita ubah balik sejarah ni -Mohd Sabu

MatSabuKomunis

Secara keseluruhannya, adakah PR akan menubuhkan satu kerajaan yang masih taat setia kepada negara Malaysia? Adakah mereka akan mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanah Air? Atau adakah mereka sedang cuba untuk melaksanakan impian PKM untuk mengubah Malaysia kepada satu negara republik?

Please Read:

One thought on “Bukti Perjuangan PR Hampir Sama Dengan Perjuangan Komunis

Feedbacks?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s