Dibawah adalah sebuah rakaman video ceramah Anwar semasa Himpunan Blackout 505 yang diadakan di Padang Merbok pada 21hb Jun 2013.
Pada minit 1:34, Anwar telah mengatakan, “Yang saya kesalkan ialah, UMNO BN ni, sudahlah kalah, sudahlah minoriti, tapi perangai(nya) tak ubah sikit pun. Sombongnya terus, hina orang terus, rompak terus yang ni yang kita tidak boleh terima. Tak ada lansung humilitinya, rendah dirinya (untuk) mengatakan, “Yes, kami dah buat segalanya. Tetapi kami dah tewas (di dalam pilihan raya)”.
Tetapi, semua ‘sifat-sifat UMNO BN’ yang Anwar telah katakan itu hanya dapat ditujukan kepada seorang sahaja di negara ini. Beliau merupakan seorang tokoh politik yang sangat popular di tanah air ini. Namanya adalah…

Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini, sudahlah kalah, sudahlah minoriti, tapi perangainya tak ubah sikit pun.
Tak ada lansung rendah dirinya. Masih menjelajah seluruh Malaysia dengan barua-baruanya atas nama Blackout 505 untuk membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Adakah ia begitu susah untuk beliau mengatakan, “Yes, kami dah buat segalanya. Tetapi kami dah tewas di dalam pilihan raya”?
Kredit kepada Gelombang Kick atas rakaman video ceramah Anwar.