Dipetik daripada Facebook rasmi PDRM:
Kuala Lumpur, 17 Mei – Pucuk pimpinan baru Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dilantik semalam tidak mengambil masa yang lama untuk membuktikan janjinya bagi berkhidmat dengan masyarakat.
Ini dapat dilihat menerusi hari pertama beliau bekerja pada pada pagi ini di mana beliau membantu seorang mangsa kemalangan motosikal di hadapan bangunan Menara 1 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini.
Khalid yang kebetulan melalui lokasi kemalangan telah membantu mangsa dengan mengarahkan pemandunya menghantar mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan beliau sendiri tidak segan berjalan kaki menuju ke pejabatnya semula untuk meneruskan rutin kerja seharian.
Keprihatinan yang ditunjukkan beliau membuka mata orang ramai di tempat kejadian dan diharapkan semua pegawai serta anggota dapat mencontohi sikap pemimpin yang berkhidmat untuk orang awam.

From PDRM’s official Facebook:
Kuala Lumpur, May 17 – The new chief of the Royal Malaysian Police (RMP), Tan Sri Khalid Abu Bakar who was appointed yesterday did not take long to prove his promise to serve the community.
This can be seen through his first day of work (this morning) where he helped a victim of a motorcycle accident in front of the Tower 1 Police Headquarters building in Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Khalid, who happened to pass by the crash site helped the victim by directing his driver to send the victim to a hospital for treatment and he was not shy walk to his office to continue his daily work routine.
The concern he showed opened the eyes of the public at the scene and (we) hope that all (police) officers and members can follow the good examples shown by the leaders who serve the public.