Pesanan Saya Untuk PRU ke-13 ini…

Sewaktu saya kecil dahulu, saya menyokong parti-parti pembangkang terutamanya Parti Islam Semalaysia (PAS). Saya percaya dan meyakini bahawa mereka memperjuangkan dan mendaulatkan Islam. Saya percaya bahawa jika mereka memerintah Malaysia, mereka akan membina satu kerajaan yang hebat dan baik. Saya juga menyokong ketua parti pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan yakin bahawa beliau akan membawa Malaysia kepada satu tahap yang tinggi sambil mempertahankan Islam dan orang Melayu.

Tetapi, pada tahun 2010, saya telah didedahkan kepada satu ucapan yang beliau telah mengucap di London School of Economics yang menyentuh tentang fahaman pluralisme agama. Didalam ucapannya, beliau telah berkata yang biarpun fahaman(agama) kita berbeza, tetapi kita semua menuju ke arah yang sama(satu tuhan). Saya sangat terkejut apabila saya didedahkan kepada hal ini. Tetapi, kerana kepercayaan saya terhadap Anwar, saya tidak mahu percaya hal ini walaupun yang mendedahkan hal ini kepada saya adalah kawan-kawan rapat ayah saya dan juga ayah saya sendiri. Begitu kuatlah kepercayaan saya terhadap Anwar.

Anwar LSE

Beberapa bulan kemudian, saya telah dikejutkan oleh satu lagi kejadian iaitu satu ucapan oleh Anwar Ibrahim. Ayah saya telah menunjukkan kepada saya satu video dimana Anwar berucap dan menyebut bahawa Malaysia ini orang Cina dan orang India yang punya dan jangan fikir yang Malaysia ini orang Melayu yang punya. Selepas menonton video itu, saya merasa sangat marah dan tertipu kepada Anwar.

Saya merasa kesal kerana saya tidak dengar kata-kata Ayah saya dan juga kata-kata atuk saya yang membangkang kepercayaan kami kepada Anwar dan parti-parti pembangkang. Atuk saya yang ada pengalaman yang mendalam didalam bidang politik memang patut lebih cerdik dan bijak daripada kami didalam memilih parti dan pemimpin yang elok untuk Malaysia. Tetapi, kerana keangkuhan kami, kami telah menutup telinga dan tidak dengar kata-kata dan pesanan atuk.

Pada hari itu, saya telah menyedari bahawa Anwar adalah seorang penipu dan munafik kepada agama, bangsa dan tanah air beliau sendiri. Saban hari mendatang, lebih banyak kejadian telah terjadi yang menunjukkan kepada kami ‘the true colours of’ Anwar Ibrahim dan kawan-kawan beliau.

Isu Agama

Anwar telah banyak memperjuangkan perkara-perkara yang menentang dengan ajaran Islam sebenar. Antaranya ialah:

  • Menyokong ajaran LGBT.
  • Menyokong pemurtadan orang Islam.
  • Menyokong fahaman liberalisme dan pluralisme agama.

Beliau juga telah bersekongkol bersama orang-orang dan parti-parti yang selalu menghina Islam.

anwar_sokong_LGBT

Isu Bangsa

Anwar telah juga mengkhianati bangsa beliau sendiri. Beliau telah banyak menyokong orang Cina dan memperlekeh orang Melayu dan hak mereka. Beliau juga telah banyak mengajar budaya-budaya tidak senonoh kepada generasi muda di Malaysia ini yang bercanggah dengan budaya orang Islam dan Melayu. Antaranya ialah:

  • Mengajar supaya tidak menghormati raja dan pemimpin.
  • Mengajar supaya tidak menghormati penjaga keselamatan, keamanan, keharmonian dan kesejahteraan negara iaitu anggota polis dan askar-askar diraja Malaysia.
  • Mengajar untuk membuat rusuhan-rusuhan yang kotor dan kasar.
  • Mengajar untuk melawan serta tidak mematuhi undang-undang serta perlembagaan Malaysia

Sila baca: Janji Bersih: Against the Rukun Negara

Saya telah meluangkan banyak masa saya pada bulan ini di tanah-tanah rancangan Felda dan telah mengongsi masa dan cerita bersama peneroka-peneroka di tanah-tanah rancangan tersebut. Ramai daripada mereka yang menegaskan kepercayaan mereka kepada kerajaan dan pemimpin kita sekarang. Mereka merasa sangat-sangat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan dan pemimpin kita kerana diberi peluang untuk berkerja bersama Felda dan mendapat kehidupan yang baik.

Seorang peneroka daripada Johor berkata bahawa sebelum dia menjadi seorang ahli peneroka Felda, hidup dia merana. Sewaktu dia memasuki Felda, kehidupan di Felda agak susah kerana mereka tidak dapat bekalan air dan elektrik di rumah mereka. Tetapi dia tidak kisah kerana kehidupan dia sebelum itu lebih susah. Sekarang, dia telah mendapat untung yang lumayan dan kehidupan yang mewah. Walaupun dia masih tidak dapat geran tanah, dia tidak kisah kerana tanah itu adalah satu hadiah daripada Felda dan dia tidak membayar pun untuknya. Dia menasihat kepada khalayak umum terutamanya kepada peneroka-peneroka dan anak-anak peneroka Felda untuk berterima kasih kepada pemimpin dan kerajaan kerana jika ia bukan kerana pertolongan mereka, kehidupan mereka tidak sesenang itu.

felda-logo

Seorang peneroka daripada Pahang telah menunjukkan rasa marah kepada parti-parti pembangkang kerana telah merosakkan budaya mereka. Dia berkata bahawa parti-parti pembangkang telah banyak mengajarkan sikap tidak bersyukur dan perangai yang biadap. Antara perkara-perkara yang pihak pembangkang telah mengajar kepada peneroka adalah untuk tidak membayar hutang-hutang mereka kepada Felda dan bersikap kasar kepada pihak Felda. Peneroka itu telah juga berkata bahawa ramai anak-anak peneroka yang telah terikut ajaran pihak pembangkang dan mengikut budaya yang kotor mereka.

Banyak yang saya telah pelajari semenjak tahun 2010 yang lalu. Rasa syukur saya kepada Allah, raja, pemimpin dan kerajaan negara Malaysia telah meningkat dengan banyak. Sekarang, Islam adalah penentu arah saya, semangat patriotisme adalah semangat saya dan cinta buat agama, bangsa dan tanah air adalah kebanggaan saya.

Pesanan saya kepada pembaca semua menjelang pilihan raya umum ke-13 ini adalah, pilihlah parti yang akan mempertahankan Islam, bangsa dan tanah air. Fikirlah dengan bijak dan fikirlah dengan minda yang terbuka. Jangan hanya lihat kepada manifesto-manifesto yang dijanjikan tetapi juga kepada apa yang mereka pernah lakukan untuk tanah air kita. Jangan menjadi seorang bangsa yang tidak mengenang budi dan tidak ada perasaan bersyukur kepada apa yang kita dapati

Insyaallah, Allah akan membantu kami dalam pilihan kami. Mungkin saya tidak dapat mengundi di dalam pilihan raya ini kerana kekurangan umur, tetapi saya harap artikel saya ini dapat mencerahkan fikiran semua dalam memilih parti yang akan memimpin kita semua…
Mohon sebarkan…

2 thoughts on “Pesanan Saya Untuk PRU ke-13 ini…

Feedbacks?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s