Ujian Kesabaran

Staring Off Edited.jpg

Dalam hidup di dunia ini, ada kalanya kita gembira, dan ada kalanya kita sedih. Ada masanya kita senang, dan ada masanya kita jatuh, susah dan sakit. Susah atau senang, kedua-duanya adalah ujian untuk kita. Adakah kita akan terlalu berfoya-foya ketika kita senang hinggakan kita leka dan mencampur-adukkan yang haq dan yang batil? Adakah kerana kesusahan hidup kita akan hilang kesabaran dan Iman yang ditanam dan disemai di dalam hati mula mencair dan akhirnya terlerai?

Ramai yang tidak sedar bahawa hidup senang itu adalah satu ujian. Bahkan, ramai yang sedang hidup senang tidak menyedari yang mereka itu sedang melalui satu ujian yang amat besar. Sangat senang untuk kita terlupa tentang hari akhirat apabila hari-hari di dunia sangat menyenangkan. Sangat senang untuk kita tergoda untuk hidup mengikut hawa nafsu apabila kita semakin menjarakkan diri daripada Allah. Sangat senang untuk kita terjangkit penyakit sakit hati dan gila harta apabila hawa nafsu sudah tidak terkawal.

Ramai yang sedar bahawa hidup susah adalah satu ujian. Apabila tidur dan bangun kita perlu melayan suara-suara di dalam kepala yang tidak tahu untuk berhenti mengingatkan kita tentang masalah yang sedang dihadapi. Apabila kita hanya mahu duduk membaca buku untuk belajar atau hanya untuk membaca buat menghibur hati pun tidak tercapai apabila hanya satu ayat yang dapat masuk dalam kepala. Yang lain terus kabur dari penglihatan kerana tidak dapat menumpukan perhatian kepada perkataan-perkataan yang tercatat apabila suara-suara itu kembali. Sangat senang untuk patah semangat apabila setiap langkah yang diambil ditohmah dan diperli mereka yang sedarah dan sedaging dengan kita. Sangat senang untuk kita putus asa dan hilang kesabaran apabila hati telah lusuh. Sangat senang untuk kita menggadaikan Iman apabila sudah terputus asa.

Dalam hidup di dunia ini, perlulah kita bentengi pertalian saudara dan mengeratkan ukhuwah antara kita. Perlulah kita saling mengingati akan mereka dan memberi nasihat atau menghulurkan bantuan apabila perlu. Ia adalah sangat sukar untuk menghadapi ujian-ujian ini seorang-diri dan, jika kita sudah tahu bahawa mereka sedang susah atau leka, ia sudah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka.

Tetapi… susahnya kita hendak membantu mereka. Untuk memberi nasihat kepada mereka yang sedang hidup senang, memang tak terbuat. Antara kita fitnah mereka yang bukan-bukan, ataupun kita tumpang sekaki dalam kehidupan materialistik dan hedonistik mereka. Untuk menghulur bantuan kepada mereka yang susah… cita-cita itu ada, mungkin niat pun sudah disebut dan kadang-kala, habis ke semua orang telah kita cerita tentang azam kita itu. Bangganya kita apabila telah berjaya menghulurkan sedikit bantuan kepada mereka buat julung kalinya semenjak berbulan kita menanam niat dalam hati. Habis ke semua group WhatsApp kita share gambar betapa baiknya kita. Tetapi… selepas itu….?

Banyak-banyaklah kita bermuhasabah diri. Jangan kita gagal di dalam kedua-dua ujian ini. Kedua-duanya sangat mencabar untuk mereka yang tidak mahu mengawal emosi, senang putus asa dan tidak ada atau kurang kepercayaan kepada Allah s.w.t yang maha pengasih lagi maha penyayang. Tidak akan sekali-pun dia mencampak kita ke dalam situasi yang kita tidak ada kekuatan untuk menghadapi.

Pesanan Terakhir daripada Abah…

Suatu hari, ayah saya mendapat satu panggilan telefon dari gurunya, Ustaz Uthman El-Muhammady.

“Karim, Al-Buti sudah tiada”, ujar Ustaz Uthman. “Tetapi kita jangan takut kerana perjuangan mesti diteruskan.”

Kira-kira lima hari kemudian, sedang ayah memasuki sebuah masjid untuk memberi pencerahan tentang ancaman kepada Agama dan Bangsa di Tanah Air kita, telefon di dalam poketnya berdering. Nama anak kepada Ustaz Uthman tertera di skrin telefon.

“Pak Cik Karim… ayah sudah tiada.”

.

.

.

Lima tahun kemudian, pesanan terakhir Ustaz Uthman inilah antara pesanan terakhir yang ayah saya sampaikan kepada saya dengan aliran air mata yang tidak dapat ditahan.

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Moga-moga nama pejuang Agama, Bangsa dan Tanah Air ini dapat memberikan inspirasi kepada kita semua untuk meneruskan perjuangan sehingga ke akhir hayat seperti yang telah dilakukan oleh Allahyarham A. Karim Omar.

Al-Fatihah.

Photos: Wacana “Pemikiran Politik Dalam Membina Geopolitik Malaysia”

Speaker; Ustaz Ismail Mina

UMMAH’s chairman, Ustaz Ismail Mina Ahmad, delivering the opening speech during the Wacana Pemikiran Politik Dalam Membina Geopolitik Malaysia which was held at Masjid Putra, Putrajaya on 6th March 2018.

The Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah ke- 10, “Pemikiran Politik Dalam Membina Geopolitik Malaysia” was held at Masjid Putra, Putrajaya on 6th March 2018. The discourse was organised by Islamic NGO, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) and supported by Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) and Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

The moderator of the discourse was Tuan Hj. Mahmud Hishamuddin, general secretary of Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT). The papers presented were:

Liberal Demokrasi Satu Bencana Kepada Ummah
Presented by: Dato’ Dr. Wan Adli Wan Ramli
President of Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

Falsafah Politik Islam: Satu Tawaran Islam untuk Kelestarian Ummat Abad ke-21
Presented by: Dr. Mohamad Zaidi Abdul Rahman
Ketua Jabatan Siasah Syar’iyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Konsep Ke’arifan Lokal Sebagai Wahana Pengukuhan Negara
Presented by: Dato’ Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain
Ketua Lajnah Strategik, Majlis Ittihad Ummah

Tabayyun: Peranan Serta Inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Dalam Membantu Menangani Isu Kesalahan Jenayah Berkaitan Islam di Alam Siber
Presented by: Datuk Dr. Mazlan Ismail
Ketua Pegawai Operasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) (MCMC)

Membedah Agenda Parti-parti Politik Malaysia dari Perspektif Kelestarian Ummat
Presented by: Dato’ Zulkifli bin Noordin
Ex-Member of the Parliament of Bandar Baru Kulim

(Click the images to view a larger picture.)

 

Gambar Sekitar Program “Bicara Kemerdekaan” Jelajah Kemerdekaan Muafakat Pendidikan Johor

Pada 21 Ogos 2017, Muafakat Pendidikan Johor (MPJ) telah melangsungkan program Jelajah Kemerdekaan Muafakat Pendidikan Johor segmen “Bicara Kemerdekaan”. Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Mohamed Rahmat, Johor Bahru dengan kerjesama Kerajaan Negeri Johor, program itu diadakan sempena hari kemerdekaan Malaysia ke 60 tahun.

DSC_0045

Dalam program bicara tersebut, personaliti anak muda dan duta rasmi MPJ, Ahmad Ali, berhujah tentang sejarah kemerdekaan Malaysia, prinsip-prinsip dan undang-undang negara ini, serta kesannya jika tanah air kita jatuh ke tangan musuh negara jika kita lalai dan alpa dengan ancaman-ancaman masa kini.

DSC_0022

Berikut adalah gambar-gambar sekitar program bicara berkenaan:
(Sila klik imej-imej dibawah untuk melihat gambar yang lebih besar.)

 

ERIC PAULSEN GAGAL Membukti Difitnah Ustaz Hafiz Nordin

Eric Paulsen GAGAL.jpg

Alhamdulillah, hakim Dato Zaki telah memutuskan bahawa Eric Paulsen gagal membuktikan dirinya difitnah oleh Ustaz Hafiz Nordin. Eric Paulsen juga telah diarahkan untuk membayar RM 20,000 sebagai ganti rugi.

Kisah Penuhnya:

Baca Juga:

Gambar Eric Paulsen diambil oleh Ahmad Ali. Saya hanya menyuntingnya.

ERIC PAULSEN FAILED to Prove Slender Assault from Ustaz Hafiz Nordin

Eric Paulsen FAILED.jpg

Alhamdulillah, judge Dato Zaki has concluded that Eric Paulsen failed to prove that Ustaz Hafiz Nordin had defame him. Eric Paulsen was also ordered to pay a sum of RM 20,000 for damages.

Read the Story:

Related Articles:

Aww, snap.....jpg

Photo of Eric Paulsen taken by Ahmad Ali. I only edited them.

Photos: Wacana “Liberalisme: Agenda Jahat Illuminati”, Second Session

The Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah ke- 9, “Liberalisme: Agenda Jahat Illuminati” was held at Kompleks Islam Putrajaya yesterday. Organised by Islamic NGO, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) and supported by Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) and
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), the discourse was attended by an estimated amount of 600 people. The event was officiated by Malaysian minister in the Prime Minister’s Department of Islamic Affairs, YB Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharom. He also launched three new books by MUAFAKAT, “Akhlaq Dalam Islam: Mendepani Abad ke 22” by Ustaz Muhammad Uthman El-Muhammady rh, “Islam dan Fitnah Modernisme” by Ustaz Wan Muhammad Bin Muhammad Ali rh, and “Al-Firqah Al-Najiyah: Epistemologi ‘Aqidah Golongan yang Berjaya” by Ustaz Muhammad Uthman El-Muhammady rh.

The moderator of the second session was Dr. Shafaai bin Musa from Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). The papers presented were:

Kertas Kerja 4: Faham Liberalisme Dalam Wacana Maqasid Syari‘ah
Presented by: Ustaz Sahri Abd. Rahman from Institut Pemikiran Tradisional Islam (IPTI)

Kertas Kerja 5: Strategi dan Kesan Gerakan Liberalisme di Malaysia
Presented by Prof. Datuk Dr. Sidek Baba from Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

(Click the images to view a larger picture.)

Related posts: